Lama termenung depan pc..
Banyak bnda yg nak d ceritakan..
Terlalu banyak
Tapi bila saja jari menaip..
Satu benda pon x dapat nk d luahkan
Risau..takut..
Biarlah semuanya terpendam saja dalam hati
Kadang2 kita selalu berfikir..
Kenapa harus terjadi sesuatu yang kita tak mahu
Ujian dan dugaan yang datang seringkali buat kita letih..
Tapi itulah kenyataan hidup yang akan mendewasakan kita
Sekuat mana pon kita cuba lari, andai sudah tertulis dalam takdir, pasti kita terpaksa hadapi jua..
Dipermainkan, di tindas, di pergunakan..
Semua itu asas kpd kehidupan..
Kadang2 kita tewas, kadang2 kita menang..
Tapi seringkali kita lupa untuk kembali kpd Maha Pencipta andai terjadi semua itu..
Apapon kesedihan dan kekecewaan yang kita lalui..
Pasti ada sebab musababnya
Janganlah kita hanya memandang musibah di atas kejadian itu..
Cubalah kita redha dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku..
0 comments:
Post a Comment