:: iDioT ::


where should i start?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
i'm very tired when stuck in this situation :(



Sedikit muhasabah diri utk di kongsi
________________________________________________________________________

Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

:: meLT ::



he makes me melt..
time susah cmni la dia muncul membantu..
time sedey cmni la dia cuba menghiburkan..
time stress cmni la dia muncul memberi semangat..

how can i deny my feeling?
cmna la hati tak jatuh cinta ngan dia..
cmna la nk tanam natural feeling kt dia..

he is perfect man !!
i admit this temporary feeling actually is LOVE..

thanz for always being by my side even u did't mean to do it..
i promise to LOVE u in silent mode....

:: not Happy ::



HAPPY..??
GEMBIRA..??

susah sgt ke nk happy ni..??
lately i'm always ask the question to myself..
apa bnda dlm hidup ni yg boleh buat i rasa happy..?
until now, i still can't get the answer..

actually senang jer nk jadi happy ni..
1st kita mesti belajar bersyukur dengan apa yg kita miliki..
xsusah pon nk jadi manusia bersyukur ni..
cuba kita tgk org sekeliling kita..
ada yg cacat..ada yg miskin..ada yg yatim piatu..ada yg lebih worst dr kita oke..
so kenapa mesti kita nk rasa hidup ni x adil sedangkan kehidupan kita jauh lebih bagus berbanding mereka yang tak berdaya..
this happen bila kita asyik memandang pelangi org lain..sedangkan pelangi kita sudah cukup istimewa..
setiap kejadian atau perkara yang berlaku dalam hidup kita must have their own reason..
siapalah kita untuk pertikaikan semua itu..serah je la pada Maha Pencipta..
we just live with our own road..make sure road kita tu smooth and clean..
xpayah bz body nk tgk road org lain yg clean oke?
langit ni begitu luas...kenapa mesti kita memandang pada satu titik yg bole menyakitkan mata andai terdapat banyak lagi ruang yg boleh kita pandang..
kita hanya manusia biasa..xmampu nk harungi semua cabaran yg datang..
jadi kenapa kita biarkan diri kita stuck pada satu problem yang xmampu kita nk settle..
biar je masalah tu menjadi natural..it will be oke by time heal..

yaAllah..aku memohon padaMu..kurniakanlah perasaan gembira pada diriku seperti dahulu..
Kau bimbinglah hatiku menuju jalan yg diredhaiMu
Kau bimbinglah hatiku mencintaiMu

:: pemikiran manusia ::



in real life, we have to face the reality..
even in sweet or sour..hehe

kita sebagai manusia pasti akan melalui fasa kehidupan.
hari ni kita jumpa org A..esok jumpa plk org B..
kemudian org A akn pegi meninggalkan kita..
kita harus bersedia dgn apa jua kemungkinan dlm hidup ni..
tiap pertemuan pasti ada perpisahan..
kita x boleh nk expect org tu akan kekal ngan kita even dia ibubapa kita..

terdapat berjenis manusia di muka bumi ni..
tiap org pasti ada ciri tertentu..
kadang2 ciri itu akan hampir sama menyebabkan mereka selesa untuk bersama..
tetapi..utk ciri yang xsama..seharusnya kita menghormati..
bukan menutuk or memulaukan dia oke..
siapalah kita untuk menentukan baik buruk seseorang..
sedangkan diri kita pon belum tentu betul lagi..

cubalah mulai hari ni kita memndang sesuatu benda tu dari sudut positif..
kalu nk pandang negatif mmg banyak yg kita nmpk..
tapi cuba kita pikir..
apa prasaan seorang ibu bila mengetahui ank dia x disukai ramai?
walau sesalah n sejahat mana pon dia..
we should give a chance..advise dia..
if dia still mcm tu jgk..just ignore oke..

dia pon xminta dilahirkan utk dibenci..
sangat menyedihkan kehidupan seorang insan bila dia dipandang hina oleh seseorang
Allah SWT cipta dia ke bumi bukan utk dinilai oleh manusia lain..

so..start from today..
kalau kita xnak org pandang diri kita dgn prasaan sedey or hina..
janganlah kita pandnag org dgn prasaan tu..
POSITIF kan pemikiran kita oke??

:: fathEr ::



who is your father?
what is your father's name?
did u love your father?

ermm..topic hari ni nk story psl ayah..
we cannot see 'love' but we can feel it..
org slalu akn ckp syg mak lebih dr ayh..
sebab syurga seorang ank terletak pada ibunya
okey..memang betul..tak di nafikan lnsung..
but u totally cannot ignore your father due to this reason..

sronok jer tgk fmily yg ada ayah..
kalu susah sikit ayah dia akn bantu..
sakit demam ayah dia bawak pegi hospital..
nk msk sek ayah dia bawak dftar
kena buli ayah dia protect
nak nikah ayah dia jdi wali

kalu tak ada ayah cmna yer??

hahaha..seriously sedih okey..
when people talk about their awesome father..
u just can smile and silent..

ayah saya xde la awesome cam ayah awk..
kalu saya nak apa cnfirm ayah saya xbeli
ayah saya xmanjakan saya macam ayah awak
ayah saya slalu serius jer..nk tgk dia syum pon susah..
kalu saya buat salah..ayah saya just pandang saya jer..
macam nk tercabut nyawa saya sebab takut hanya dgn pandangan dia..

_____________________________________________________

tapi sekarang semua tu kenangan jer..
bila dgr perkataan "ayah"..
cnfirm rasa mata bocor..
ingt sronok ke jadi "anak yatim" ..!!

seumo hidup saya xpenah cakap depan ayah "i love u"
tapi dlm hati ni hanya Allah jer tahu betapa sayang'y saya kt ayah..

saya xpenah mnyesal jdi ank ayah..
sejak ayah pergi hidup saya sepi..letih sgt..
rasa hilang tempat bergantung..

*al-fatihah buat ayah tersayang*