Siapakah dia..
yang sering mewarnai hariku..
seolah-olah matahari tersenyum manja padaku..
dengan hanya senyuman manisnya..
Siapakah dia..
yang selalu membuatkan..
jantungku berdegup kencang..
dengan sinar matanya yang menggoda..
Siapakah dia..
yang membuatkan lidahku kelu..
untuk menyapanya..
setiap kali bertemunya..
Siapakah dia..
yang seringkali membuatkan aku..
merasa hampa setiap kali terlepas bayangnya..
Siapakah dia..
yang sering hadir di setiap mimpiku..
yang membuatkanku tersenyum pabila terjaga..
Siapakah dia..
yang selalu membuatkanku..
merasa rindu yang amat mendalam..
pabila tidak mendengar khabarnya..
Siapakah dia..
yang membuatkanku berharap..
agar aku mendapat..
walau sedikitpun ruang dihatinya..
Siapakah dia..
yang membuatkanku patah hati..
pabila mengetahui bahawa..
dirinya sudah berkasih..
Siapakah dia..
yang membuatkan hatiku pilu..
jantungku remuk..ragaku kosong..
hidupku seolah-olah tiada cahaya dan warna..
menangis sunyi di setiap malam..
saat mengetahui dirinya sudah..
menemui bidadarinya yang akan menemaninya di syurga kelak..
dan..itu bukanlah aku..
0 comments:
Post a Comment