SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)
SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)
MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
ingatan : so rasa cam cinta ja ngan si dia..tpi nape leh cpt lupa lak..haha
tetiba bc n mngalir air mata tau..
bca la..huhu
Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya."Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika."Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya."Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya."Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku."Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu."Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah." Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka."Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya."Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata."A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah." A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku."Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.""Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah....bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.""Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu. `'Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus /> dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah ?Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah."Ain?......Ain serius?""Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nakcakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya."Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?""Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk." Pernah dia cakap dia sukakan Izah?""Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat hati, aku tuturkankalimah itu." Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. `' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya."Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku."Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu... melamar saya?"Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku."Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca."Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan AbangHarris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.""Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain."Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami telah reda.`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.""Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.""Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.'Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua."Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku pada suatu hari,beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah."Kenapa?""Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain.""Abang....syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `'`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.""Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.""Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya." Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah temanbermainku.Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?" ujarnya lembut."Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan bicaranya.`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang. `'Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini.
hehehe..
best nyer da strt cuti sem..
cadang nk siapkan FYP yg pening kpala 2..
tapi smpi ari nih blum sntuh..
just tdo..tgk tv..mkn..
ari2 cam2..
huhuhu
tapi yg pasti cuti sem nih..
i hav my own target..
will try to forget him..
but makin ssh plk..
da bjaya 4 ari..pas2 da moroyan balik..
huhuhuhu
helppp...
ingatan : kalaulah msa bleh d putar..
ermm...
da bersawang my blog kan..
hehehe...
al maklum ler...
praktikal da abesss...
so no tensen2 lagi..
mls dah nk pos kt blog...
tapi tetiba ari ni tergerak ati nk pos..
bkn apa...
just 2 say today diriku rasa hepy sgt..
hehehe
bkn apa..
pg td i got a call from somebody..?
guess who..?
msti la org yg d nanti2 kan...
hmm...but as friend only...
tapi yela..
x pnh kol..
tiba2 kol..
mau x terkejut...
but quite dissappointed..
suaraku sengau ari ni..
selsema + batuk..
huhuhuhu
pesanan : lama x rasa gmbira cmni..huhu..!!~
yezza...
ermm..
wanna know something..
ari khamis n jmaat lps diriku bercuti..
sgt besh berada d umah..
ilang suma tekanan n stress..
actually..
that cuti just suka2 jer..
xsakit pon..
my boss sgt baek hati..
(or mayb dia xperlukan daku d cmpany nya..huhu)
whatever..
jnji diriku bhgia..
hehehe
n most memberi tekanan skrg adalah..
my system..
xshiap lagi..
wut i must do..
repot pon xsentuh..
ingt mlm ni nk strt wat repot..
tapi tetiba tulis blog lak..
huhuhuhu..
siap edit lagi..
mn nk jadi keja lain..
huhu
next tuesday o wednesday..
en yusry nk dtg mlawat..
nsb ler dpt sv cam en yusry..
but dlm ati cuak gak..
(apa la nk tnjuk kt dia..hmm)
mnggu last dah..
tapi apa pon xjalan..
huhuhu
(strt nk salahkan boss ku yg sgt baek hati..huhu)
n sgt agak kecewa..
napew my elaun blom msk..
sdgkan da nk abess praktikal neh..
huh..ptt ke tny boss..
(cam segan jer..huhu)
kalu biar kan mlepas..
(2 month tuh..huhu)
tapi bila pkir blk..
ermm....
(dun know lah..let msa tntukan..huhu)
ingatan : pejam celik dah nk abess msa sukarku d cni..hehe
untuk pngetahuan semua..
my grandmother passed away last saturday..
(sedekahkan al-fatihah..amin~)
time tu kul 1.30 pagi..
tetiba tgh tdo..
dpt panggilan telefon..
huh..terkejut giler...
b4 nih da tau dia sakit n msk spital..
agak truk ler..
sakit tua..
but ingt sabtu ler nk blk jenguk sbb cuti..
then..
xsempat nk blk jenguk...
xsempat jugak diriku jumpa she wat kali terakhir..
but suma ank cucu balik n sgt rmi that day...
me n my sis sampai agak lwt time owg tgh mandikan jnazah...
my mom quite dissappointed..
n nobody really know what exactly the problem...
(mak..kami bkn sngaja smpi lewat..huhu..so sowy..!!~)
sgt kasihan diriku melihat wan..
owezz cry n sayu sesangat...
(hope wan tabahkan ati...)
ingatan : yang hidup pasti akan pergi jua suatu hari nanti..!!~
today is thursday..
da 1st week of june..
my life still same..
nothing change..
huuhuhu..
so bowink..
da 4 guys from UUM look friendly..
at leasat i hav a new fwen..
1 of them look like **besfwen dr arau..haha
(xder la rapat tp stakat nk bowak ok la...huhu)
da most happiest now is i got new fwen..
not in da opis..
but in "chat world"..
(hah..ni ler padah asyik chat..xwat keja..)
nmpaknya diriku sgt suka bowak sma dia..
smpi blk umh pon asyik nk online jew..huhu
(am i fall in luv..?)
when go back home still wanna think bout him..hate it..!!~
very2 hate 2 love someone..
n also sgt2 pain k...
(xmahu pisang berbuah 2 x) hohohoho..
diriku also dah blaja byk bnda br spnjg kt cni..
huhuhu..
da most pngajaran is..
***dun trust people in "chat world" especially guy..hohoho
hmmm..
thanz my sis..
from u, i know n learn 2 much thing especially bout guy..
hi suma..
smoga ceria2 d pagi monday..
tapi tdk bg diriku..
huhuhu
huh..
pnt nk story..
asyik2 sad story jew kan...
apa le nsb diriku ini sjk dtg ke cni..
erm..
today ada bdk praktikal br msk..
dr UUM...
2 girls n 2 guys...
1 of them is chinese (girl)
actually ari jmaat ritu da tau akn ada bdk praktikal br msk..
erm..
my bos look xcited last friday..
(coz of da praktikal student...dun know why)
so they prepared well for pc..
(i just look n think..time aku dlu cmni kew..?)
so today..
spt yg sedia maklum..4 student from UUM msk..
erm..nmpk muka cam x sombonk but xtau ler..lum knl..hehehe
dowank kn wat system..
and me stay wit system kak zaza..
huhuhu
but what i wanna story now is...
(jeng..jeng..jeng...huhuhuhu)
erm...
layanan yg d berikan pd dowank sgt berbeza ngan diriku time br msk..
huhuhu..
(trasa cam cter bawang mrh n putih lak)
yg berbezanya..
time me dlu xder pon spa2 ajr cmna bka n wat system..
(survive sndri ler...huhu)
pas2 psl khadiran n cuti n rehat suma detail d terangkan..
(time msk, rehat, balik, cmna kalu cuti n mc..)
me dlu pndi2 ler ringan mulut btanya smpi..huh (xmau kenang)
dowank gak d ajar beritahu cmna nk access web psl maklumat kehadiran n account diri sndri kt cmpany neh..
(tiap2 owg pkerja akn ada 1 acconut sndri)
yg slama ni diriku xpnh tau wujud...
(xpenah d ajar pd diriku n apa pswd n account diriku..huhuhuh)
**ingt just dtg ari2 cap jari jew..rupanya leh tgk maklumat suma 2 guna pswd n id tuk access..tiap org dpt
(tapi utk me xdew pon d beritahu..huhu)
hmm..
pas2...huh..
layanan sgt berbeza...huhuhuhu
tiap student ada technician yg **sombonk neh akn describe psl system yg cmpany ni dah pnh develop..
(terkenang aku dlu..nk snyum pon ssh..)
ni bkn snyum, 1 hour gak spend tuk describe kt sowank2..
(me dlu blaja sndri jew..huhuhu...main msk jew mn localhost..mn dtbase)
huh..
sgt menyayat ati 4 today monin..
after lunch xtau lg wat happen..
nsb ler kmudahan pc tuk diriku x ditarik..
(mn ler tau kot2 nk suh bw laptop sndri lak ker..)
huhuhuhuhu
aduhai...
apa la nsb..
be patient..just 1 month 2 go..
huhuhu
ingatan : kalau sudah malang..intan d pegang jadi kaca..
kalau bala dtg..apa yg hendak aku kata..lalalala~
so bowink...
ari ni kak wati n kak zaza x dtg...
heheheh
pg tadi rmi gak bebudak technician yg ada..
but after lunch..
sowank pon da xdak..
just me, bos n bdk designer..
(bayangkan betapa sepi nyer opis neh)
owh...
so bowink..
dun know what 2 do bcoz kak zaza xdtg..
so xtau what i should do wit da system..
(kung ubah ska ati...kena mare lak..hohoho)
so just chatting, tgk cter laura n tdo..
hahahah
n ari ni try aktifkan diri ngan facebook..
but sgt ler x besh...huhuhuh
(cmna ler zana n capa suka bangat sama itu facebook)
mayb this week leh blk kg coz my sis also wanna back..
(2 pon sbb komp dia rosak..nk baiki ler 2)
smlm bowak kt phone xpueh...
juga sgt windu sama kawan2 ku...
ingatan : betapa byk masa terbuang..owh, kalu ler dpt kmbali ke masa lalu..huhu!!~
lastly..
i got a job..
hehehe..
not so difficult my task..
" my bOs : da abess stdy coding..?
me : erm..dah..(cuak gak)
my bOs : kalu cm2..u wat system combine ngan zaza..tau kan pki php...
me : erm..boleh...okies :) "
(haha...cuak gak bila berdepan ngan bos..yela..dpn komp asyik tulis blog n chat jerk..n tdo..hehe)
erm..
just kena bantu programmer kat cni siapkan system dia..
" e-student "
quite complicated..
but kak zaza mlayan daku umpama i dun know everything bout php..
so..so easy my job today..
just edit form yg dia dah wat..
15 minutes da siap..
(blagak gler..haha)
actually 1 Jun neh ada bdk praktikal br akn msk..
(dun know girl o guys but from UUM)
so..dun know yet samada daku kena join dowank wat system o just wat system bsama kak zaza..
but if hav choice..
i will choose 2 work wit kak zaza..
ngee~
(easy ckit..hehe)
n not forget wanna tell u bout " sombonk guy "..
he started make a joke with me..
(dun know why his joke make me happy although he is so "menyampah")
hahah..forget bout him n his " sombonk geng"...
now 4.45 pm..
still have 45 minutes 2 go back..
can't wait....
huhuhu
to : tat mimi
" so sowy dear ptg tadi.. my bateri abess..
xshempat nk gosip lama2 sama kamoo..hiks~"
ingatan : hope 2morrow will better than today..really2 misz wahzab..ngee~ (gatal nyer!!~)
no more monday, tuesday, wednesday, thursday..
just friday, saturday n sunday..
hepiiii....~
" Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga "
don't know why this happen to me..
i can't tell u but only my fwen know..
i don't know how 2 describe..
just look at the picture...huhuhu
Xpenah diriku mngalirkan air mate..but just bcoz of this..
Dun wory girl..still hav 2morrow..lupakan apa yg blaku n amek pngajaran...
Yeah..hidup mmg cm2..kn tahan..xbleh lemah..sntiasa berpkiran positiffff...hohoho!!~
Thanz a lot my fwen (capa,cuji,mimi,zana) coz sudi dgr luahan atiku..
Really2 appreciate it...!!~
erm..
huwaaa...
sedey nyer..
ingt nk ponteng kje rini tp x kesampaian..
haishhh...
suma slh my sis..
tetiba dia jd baek..nasehat diriku suh dtg keje gak..
(dia ingt aku ader prob kt opis..sbb 2 xnak dtg)
pas2 dgn berat ati nya aku pon dtg ler keje rini..
pas2 tgk si programmer pon x dtg..
so bhgian admin ader 3 owang jer la..
hmm..
niat atiku..
rehat nnt nk blk umh n xdtg dah..
(jht sngguh pmikiranku..hehehe)
but still thingking..
cmno nk blk rehat neh..
sapew nk anto..
huhuhuhu
diriku sgt plik..
napew my charming bos still xbagi keje erk..
nk mnguji diriku kew..
(should i yg mnta kew..?)
hai musykil sungguh....
but today is friday..
ari yg pling d nanti2 oleh suma pkerja..hahah
cpt nyer msa blalu..ras cam br jew smlm weekend
(erm..aku kew yg berkata2 neh..slalunya aku yg rasa 1 mnt cam stahun..haha)
ingatan : be cool..slow n steady, winning the race..!!~
elow everybody..
today is thursday..21/5/2009
nothing to tell u today..
bcoz everything still same..
i came n just relax..
ari ni diriku xkuar rehat..sbb bw bekal..
hehehe..
nk jimat duet..huhuhu
n 30 minutes diriku shempat tdo d sofa opis...
(dah xkesah pndangan owg..asl diri bhgia..hehe)
n b4 diriku tdo..
shempat ym ngan sowank pkerja neh...
diriku : alahai..ngantok nyer..
mr F : g la tdo kt dpn..hehe
diriku : xnak..takot bos mare nnt
mr F : hek eleh..tgk TV xtakot lakk...wekk~
(hahaha..terpana daku seketika..huhuhu)
mengikut perancangan..
esok nk ponteng keje..
ingt nk blk kg..
but tetiba my sis suh jd babysister lak sb2 neh..
adoiii..
xsmpi ati nk ckp xnak...sbb dah ler numpang umh dia..
(lagipon x shempat lagi bgtau dia nk blk kg mnggu ni..)
huhuhuhu...
so..xjadi ler diriku blk kg mnggu ni..
but still nk ponteng keja gak eshok..
(dtg pon xwat pe..baek duk umh..heheh)
erm..
sgt windu sama kengkawanku d s alam..
sgt windu sama si tat..si nenas..si 100..
(juga especially wahzab...hahaha)
juga sgt windu sama kampong halamanku...bonda..ayahanda..
sgt windu sama ayam itikku...
(huwaaaa.....nk balikkk)
ingatan : hujan emas d ngeri owang,hujan batu d ngeri sndri...huhuhu
today is wednesday..
as usual i'm the earliest person...hahah
so..smentara mnanti pkerja lain dtg...
shempat daku mnjadi jurufoto..
(too bored..haha)
abes suma sudut d opis mnjadi modelku..haha
But bnda ni la 1st kena diriku sntuh when enter to this opis
Ini plk hasil nukilan yg sgt kreatif just 4 info 2 pkerja..
(panduan ler 2)
Ini nama nyer server yg brada dlm rack mount...
(erm..dun know how to handle)
Ini kitchen..ada peti ais..n mesin apo ntah..
(so shemak..nnt ler daku rajin daku kemas kan..hehe)
(pnuh srabut ngan wayar n mcm2 lagik..so shemak..hoho)
erm..
lagi 30 minutes wanna go back..
nothing special today..
the day start and will be end as usual..
and again my job is reading coding..
hahaha..
(diriku sgt x mgerti....)
but b4 i go out..
shempat diriku memasuki 1 laman n terpaut bnda mnarik tuk d kongsi..
13 tanda2 anda sudah jth chenta..
jeng..jeng...jeng
let's check it out...
Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
9. Dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
ingatan : kotak pkiranku teringat seseorang....!!! (owh shit..am i really in luv wit him??)
today is Tuesday..
2nd day 4 2nd week in my practical..
i wanna show u my opis..hehe
not so mewah but quite comfortable...
but too BORED..huhu
huh..
jam mnunjukkan pkul 4.15 ptg..
only 1 hour and 15 minutes to go back..
can't wait...
my job today same wit last week..
just see n stdy coding..
(ntah hape2 pny task)
d sebabkan tgs yg sgt "berat" itu..
mataku semakin hari semakin layu..
(x lama lagi pasti jadi mata ala2 korean..hihi)
tapi naseb ler ada hp ku yg serba canggih n berteknology tnggi..
(haha..prasan gler)
so..aku dpt tgk cter UPIK,ABU n LAURA..
(2 pon smbunyi2 jerk..takott sama itu bos)
my BOS today look agak moody..
dun know why but 4 me nothing changes..
(just see n reading stupid coding)
cuma bebudak technical jerk kn mare..hoho
padan muka..!!~
hah..
already forget 2 tell important thing..
huh..
time br blk dr luch tgh ari..
(kuar lunch as usual sowank2 ler..huhu)
nk msk pintu terserempak ler ngan sowank mamat technical neh...
dia nk kuar..
so dgn baek atinyer diriku membuka pintu..
n memberi laluan kpd dia...
sambil mngukir snyuman yg pling MANIS...
but...
so unlucky...
he never respond..
xder pon nk snyum blk..
(wat muka seyes pnuh ke blagakan)
adesss...
tidak ku sangka..termalu diriku sndri...
wahai jejaka itu...
brapaka JUTAKAH hrga snyumn mu ???
begitu mahal kah ia untuk d pamerkan...???
(simpan lah snyuman mu itu utk yg layak...
kalu aku nmpk dirimu snyum..x teragak2 diriku utk mnjahit mulutmu dgn tali kapal dagang!!~)
ingatan : beginikah namanya " madu ku beri, tuba yg kau bls..?"
owh wahzab....hope u are not one of person like this..
ari ni ari isnin...
ari yang pling diriku benci..
i hate today..huhuhu
can't wait to go to friday..
huhuhu..
cepat nye weekend blalu...
today morning...
as usual I be earliest practical student arrived in office...
i must wait 30 minutes for door opened...
today da kena amek thumb print..
so nnt da xleh ponteng o lwt msk opis..huhuhu
nyesal lak last week x ponteng..
(erm..knp ler diriku sgt baek mnggu lps..ptt ponteng jerk..hoho)
alahai..
skrg br kul 10.10 am..
lmbat nye mnanti kul 1...
apatah lg kul 5.30 pm...
(jiwaku terseksa memikirkan masa)
erm..kt bwh ni i wanna show u alat yg opis i guna tuk amek khadiran pkerja..
so da xleh nk punch tuk kengkawan..
(kalau syapa keja cni..da xleh mnta tlg aq punch dah,hehe)
hahaha...
satu pristiwa yg xdpt diriku lupa...
alahai si roti....
sgt cuak diriku ini...
alkisah nyer bermula jam 12.10 tgh mlm tadi...
erm..
tetiba perut rasa lapo..
kakak n abg da msk tdo..
tinggal diriku sowank2 tgk tv..
pas2 tringin nk mkn roti...
konon xnak roti sejuk...
(blagak r 2..hoho)
so...konon nk panaskan roti ngan ketuhar...
hahaha...
tapi tersilap setting...
(almaklom ler owang kg..xreti nk guna..haha)
sampi hangus roti jadik nyer..
apa lagi...berkepul2 ler asap...
abes 1 umah bau asap...
ngan bau yg tengik....
cuak gler..
abes suma tingkap dibuka..
huhuhu
CUAK nyer diriku hanya ALLAH yang tau..huhuhu
asap pnuh dlm umh n da mcm terbakar umh jadik nyer..
dgn bau hanget lagikk..
smpi akak n abg iporku terbangun ler...
huh....
pas2 naseb ler dowank x mare..
siap ktawa lagikk..
(mood tgh elok kot)
huh..dlm ati aku wisau gler..
dah ler mnumpang umh dowank..
xsmpi sminggu da wat umh nk terBAKAR...
hahahaha
kt bwh ni sempat diriku mengambil gambar roti yg hanget rentong..
(^^)
ingatan : pasni tobat xmoh mkn tgh2 mlm dah..huhu
waaa...
the day i wait 4 this week...
so long mau tnggu ari neh..
rasa cam stahun..
huhuhu
beshok da cuti..yeZza....
ari ni kt opis just jd "language translation"....
2 pon arahan "si skema"..bkn bos..hahaha
but ok ler...dia blanjer mkn tgh ari td..
hiks...
(erm..cam xcaye jerk kuar mkn ngan dia..!!)
lagi 1 hour mau pulang..
sempat lagi diriku mengepost kt cni...haha
bos g outstation kt perlis...
perghh...BHGIA gler..
kalu x...
terpaksa diriku berpura2 membaca coding...
everyday come n just baca coding..
(huh..mata ku dah d penuhi ngan coding)
ingatan : bila mau pulang nnt azamku xmahu tegur dah si sombonk 2..TAUBAT!!~
bajet dia bgs sgt kot...eee...nyampah siot..!!~
hmm..
wow..
my 1st time nk tulis blog..
b4 this x brani..but when pk2..
i can't stand anymore...huhuhuhu
sjk praktikal neh...
tekanan mental makin bertambah2........
evryday ada jer bnda yg perlu d story...huhuhu
sgt kasehan pd teman-temanku yg tpaksa mndgr luahan ku.
hohohohoh
kalu good story ok ler....
but bad story...
hahahaha...
actually this company not bad...
but the best 2 describe this company is "ROBOT COMPANY"........
hahahha
(so jht diriku ini mengutuk company ini...but that's true..haha)
but bila ku kenang pristawa ptg semalam..
panas hatiku..
waa...benci sama mereka...!!~
(napew ler ada manusia se sombonk itu)
anyway that is the reason why i need this blog..
waaa...sungguh lambat trasa masa bergerak d cni (^^)
ingatan : really2 misz u wahzab...