well..hari ni sgt membosankan..
tetiba rasa nk share something d cni about love..
why LOVE..?? hahaha
bukan la..semalam pegi jln2 d queensbay..kebetulan Hari Valentine..
but x byk psangan pon hari tu..mayb rmi dah insaf o agenda baru d bilik..hikhik
yg rmi time tu hanyalah gurl n guy yg single (cari mngsa kot..hehe)
Let go 2 the topic
"Apa yang di risaukan oleh perempuan single terhadap hari cinta ini?"
1. Lelaki berperut buncit
Kalau boleh, semua perempuan memang tak mahu teman lelaki dan bakal teman lelaki ataupun suami mereka berperut buncit. Berperut buncit merupakan satu paranoid nyata dalam mempengaruhi perasaan perempuan. Perut yang buncit selalunya di beri alasan sebagai 'ada orang jaga', 'senang hati', 'kuat kerja' dan sebagainya. Sama ada kandungan di dalamnya adalah cacing ataupun lemak. Lelaki berperut buncit akan selalu menggosok perut mereka di masa lapang. Ini menimbulkan kerisauan kepada perempuan. Lelaki yang terlalu bersenang-lenang sebenarnya renyah kerana terlalu manja.
2. Meniti usia
Hari ini 21 tahun, pejam celik pejam celik, eh eh sudah 26tahun. Pakwe takde lagi. Calon suami tiada juga. Yang penting, bilangan heels dan beg lebih banyak dari bilangan nombor telefon lelaki dalam telefon bimbit. Ini merisaukan sebahagian perempuan single. Sampai bila? Ibu bapa sudah bising, kawan-kawan sudah menyindir. Hati masih belum terbuka, kental dan tegar. Menunggu waktu, menanti harapan. Mengharap jejaka dari syurga datang menyunting di hadapan Masjid Putrajaya. Konon romantik. Padahal tak kunjung tiba.
3. Lelaki orang
Di jengah-jengah, di risik-risik, rupanya lelaki yang di minati adalah lelaki orang. Sudah beristeri. Masalah. Tiada lah bunga ros? Tiadalah kad cinta istimewa? Yang ada hanyalah inbox yang kosong, sepi menanti. Apakah nanti tertera nama isteri pertama di walimatul urus kad perkahwinan? Bilangan lelaki single berkualiti sudah berkurangan. Pilihan semakin mengecil. Kebarangkalian semakin sempit dengan kadar nisbah lelaki-perempuan yang semakin tidak stabil. Jika terus begini, apakah hala tuju perempuan single?
4. Produk kecantikkan
Cantik di gambar, tak semestinya cantik di alam realiti. Photogenic. Cantik di alam realiti, belum tentu cantik, sebab bila muka di bilas, make-up semua hilang. Kadang-kadang rupa yang secantik Audrey Hepburn, akan sehuduh Britanny Murphy bila make-up, eye shadow, contact lens dan lips gloss tiada di muka. Fake plastic tree. Sejauh mana perempuan single hendak bertahan dengan semua ini? Sampai masa adakah perlu berpurdah? Mampukah perempuan single bertahan dengan pancaroba capitalism beauty yang semakin mengheret wajah-wajah gadis ke header blog untuk menarik perhatian para lelaki. 2-3 minit saja, lepas tu si lelaki dah lupa url blog dan namanya. Sigh.
5. Terfaktab
Stuck dengan masalah cinta. Masalah yang memeritkan hati. Pedih terluka di kecewakan. Angkara lelaki yang durjana menyebarkan video intim di laman web lucah bersekutu. Angkara lelaki yang durjana menghantar mesej break-up sebegitu saja tanpa penjelasan nyata. Diri manusia mahukan kebebasan. Sama ada kebebasan dalam bercouple atau pun tidak, memang kebebasan adalah tunjang utama perempuan single masih belum mencari cinta hakiki. Pergi ke depan mencari cinta terhadap Tuhan, namun berhenti di tengah jalan bila merasakan betapa sukar rupanya hendak menyintai Tuhan yang tidak nampak kelibatnya. Yang ada hanyalah 'rasa'. Sedangkan cinta terhadap manusia itu boleh di rasakan, boleh di belai. Sehinggalah tertipu dan kemudian menipu orang lain.